PENGASAS LUVQIS

KATA-KATA ALUAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memberikan peluang kepada saya untuk menjadikan LUVQIS sebagai satu jenama kecantikan yang kini telah mula dikenali di Malaysia khususnya di negeri kelahiran saya iaitu Sabah.

Platform bisnes LUVQIS menyediakan peluang kerjaya kepada para pengguna untuk menjana pendapatan melalui sistem ejen.  Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan platform bisnes menggunakan sistem ejen, kami sentiasa menekankan aspek kualiti berbanding kuantiti. Kami akan berusaha untuk memastikan ‘newbie’ yang mendaftar untuk menyertai bisnes ini mendapat maklumat yang secukupnya sebagai persediaan dari segi mental, emosi dan fizikal. Sehubungan dengan itu, pihak LUVQIS juga akan berusaha untuk menyediakan latihan secara online dan offline kepada dropship/ejen/stokis yang boleh menyumbang kepada peningkatan jualan dan pendedahan ilmu bisnes.

Sistem ejen dan stokis LUVQIS telah mula diperkenalkan secara serius kepada pengguna pada pertengahan tahun 2018. Sepanjang tempoh tersebut sehingga awal tahun 2019, sistem LUVQIS telah diuji dan mengalami pengubahsuaian sebanyak 3 kali serta dinaiktarafkan untuk mencapai kesesuaian yang memberikan manfaat yang terbaik untuk dropship/ejen/stokis.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kepada anda kerana memilih LUVQIS sebagai produk penjagaan kecantikan dan kesihatan anda. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada pengguna yang kini telah menjadi rakan niaga LUVQIS iaitu sebagai dropship, ejen dan stokis. Tanpa anda siapalah kami.

Sekian, terima kasih.

Christine Bilan
CEO
Lovely Pink Sdn Bhd